October 13, 2010

KONSERT ADAM LAMBERT: MENGAPA DITENTANG?

Homophobe is serious bussiness in Malaysia.

Minggu ini dunia blog sedang panas dengan isu menentang konsert penyanyi yang juga bekas perserta American Idol, Adam Lambert.

Mengapa konsert ini mendapat tentangan yang hebat. Kerana Adam Lambert adalah seorang homoseksual.

Kita semua tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama RASMINYA, jika tidak rasmi, tak tahu pula agama yang akan dipakai. Jadi, oleh kerana ini, isu Adam Lambert telah menjadi satu isu yang amat sensitif dan ditentang sekeras-kerasnya kehadiran beliau ke sini untuk mengadakan konsert.

NGO dan beberapa badan-badan individu lain termasuk persatuan-persatuan dari beberapa Universiti tempatan bersepakat mengadakan memorandum menentang dengan harapan konsert yang bakal diadakan Khamis ini akan dibatalkan.

Malaysia adalah negara yang makmur, penduduk mereka adalah moralis-moralis. Berbudi bahasa dan berbudi pekerti mulia adalah amalan. Adat dan adab sentiasa dipegang. Jadi tidak hairanlah Adam Lambert dilarang sekeras-kerasnya mengadakan konsert di Malaysia, takut-takut mempengaruhi anak muda di Malaysia.

Seperti di Iran, Malaysia tidak ada pelaku Homoseksual. Di sini penduduknya semua heteroseksual. Tidak minat kaum sejenis. Takut-takut dilaknat seperti Sodom dan Gomorrah. Penduduknya bermoral, berakhlak, dan berpegang teguh dengan agama. Kebanyakkan gay, Malaysia akan buang ke San Francisco.


Lagipun, rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem di Malaysia semuanya bercorak Islamik dan mementingkan nilai-nilai murni serta moral untuk tontonan masyarakat Malaysia. Jika ada sentimen yang bertentangan dengan nilai Islamik filem itu akan digam serta merta, dan pengarah serta penerbit filem itu akan digam. Pemakaian pula harus mencerminkan kemelayuan dan adat timur sekurang-kurangnya.



Maka tidak hairanlah, tiada filem atau rancangan televisyen yang di gam di Malaysia. Kerana mereka patuh kepada garis panduan dan moral.

Di Malaysia juga banyak talk-show dan forum-forum berkaitan moral dan akhlak diterbitkan, terlalu banyak, kerana ia adalah salah satu cara bagaimana penggerak media di Malaysia ingin berdakwah demi menyemai sifat mulia di dalam dada rakyat Malaysia. Isu-isu berkaitan akhlak dan tatasusila sentiasa menjadi topik perbincangan setiap minggu, dan panel-panel yang hadir perlu berpakaian sopan. Antara talk-show yang harus anda tonton demi membina sasiah anda ialah, Fenomena Seni bersama Rosyam Nor, Sehati Sejiwa bersama Misha Omar, Jangan Tidur Lagi, Oh! lelaki, 

Oleh disebabkan itu, rakyat Malaysia ini amat dikenali sebagai rakyat yang amat progresif dalam menegakkan isu-isu yang bertentangan dengan nilai-nilai murni ini. Jadi, penentangan konsert Adam Lambert adalah amat tidak digalakkan di Malaysia.

Saya ingin mencadangkan sesuatu kepada Adam Lambert, sila bertukar menjadi lelaki Heteroseksual sementara mengadakan konsert di Malaysia. Kemudia anda boleh menjadi gay semula selepas konsert itu. Kerana jika anda gay di sini, amat susah untuk mendapat punggung, kerana di Malaysia tiada gay, sama seperti Iran.

ps: Saya mohon maaf kepada Adam Lambert kerana memberi pesanan dalam bahasa Malaysia, kerana Adam tu kan nama macam orang Malaysia, kan kan kan.

Adam Lambert: Choose your next words carefully, Malaysian. They may be your last as Moralist. 
Malaysian: [to himself: thinking] "Gay or Moral"? 
[Malaysian unsheathes and points his sword at the Adam Lambert's dick
Adam Lambert: Homophobe! You're a homophobe! 
Malaysian: Gay or moral? You wont find any gay here. 
Adam Lambert: No man, Persian or Greek, no man threatens Adam Lambert! 
Malaysian: You bring the gaylife and glams of rainbow kings to my city steps. You insult my morality. You threaten my people with menopause and pregnancy! Oh, I've chosen my words carefully, Americunt. Perhaps you should have done the same! 
Adam Lambert: This is blasphemy! This is madness! 
Malaysian: Madness...?
[
shouting
Malaysian: This is MARESHIAAAAAAAAA! (adopted from Obefiend blog)
[Kicks Adam Lambert to Kamunting Detention Centre]  


Sumber Foto:

Sumber Kuotasi:

No comments: