Semalam aku menonton Buletin Utama. Demi memenuhi dos jenaka di dalam darah ironi dan sarkasm aku. Aku bukan seorang peminat sukan. Aku tidak ada bakat dalam sukan. Tetapi semalam aku menanti berita sukan, menanti dengan penuh hipotesis di dalam hati.
Kita semua sudah tahu, seorang rakyat Kelantan dan juga penyokong setia Pahlawan Merah telah menemui ajal selepas perlawanan bolasepak antara pasukan Kelantan dan Selangor. Pure Hooligan. Salute dari aku.
Jenazah selamat dikebumikan pada hari Selasa lepas pada jam 9.40 malam di kampung halaman Allahyarham.
Kembali kepada Buletin Utama. Percaya atau tidak, berita kematian Allahyarham hanya disiarkan beberapa saat sahaja, jika dibandingkan berita mengenai rusuhan dan semangat hooliganism yang ditunjukkan kedua-dua belah pihak. Hipotesis aku tepat. Malahan, berita yang dilaporkan amat bias, menangkan Selangor dan salahkan penyokong Kelantan.
Dalam hal ini, aku tidak mahu bias dalam memberi pendapat. Walaupun aku tidak menyaksikan sendiri, aku beranggapan ia adalah berlaku akibat semangat kedua-dua pihak sedang berkobar-kobar. Kedua-dua belah mahu menunjukkan siapa lebih kuat dan disulami perasaan marah dan benci.
Kemudian, pagi tadi, aku cepat-cepat buka televisyen, dan seperti semalam aku menjangkakan sesuatu yang menarik untuk pagi ini. Tepat. Berita baru. Penyokong Selangor mengadakan bantahan bersempena tragedi rusuhan tempoh hari.
Perkataan vandalisma, keganasan, dan mercun memenuhi manila kad bewarna kuning dan ditulis dengan marker-pen bewarna merah.
Ada pula seorang pemenuh korum bantahan menujukkan kepala berbalut dia yang dijahit akibat dipukul dengan botol eerrrrr... arak!
Aku tidak ambil peduli semua itu. Tapi apa yang aku peduli, mana berita dari pihak Kelantan pula. Hairan.
"Keganasan penyokong adalah isu global dunia bolasepak yang terbukti sukar dihapuskan dimana-mana negara sekalipun tetapi ianya boleh dikurangkan dan dikawal. Sekiranya FAM boleh memaafkan pasukan negeri lain yang sering dilihat penyokong mereka bertindak ganas, apa salahnya pihak KAFA merayu pada FAS dan FAM bagi mewakili kehendak seluruh penyokong Kelantan menyaksikan perlawanan ini di Kota Bharu." - Web The Red Warrior -
Aku selalu terdengar para-para elitist pengamal media selalu berpesan, supaya memberi pandangan, laporan, dan ulasan dengan sama adil dan tidak bias. Namun, apa yang aku sering lihat di kaca televisyen dan dada-dada akhbar yang montok seperti Nora Danish, ia adalah sebaliknya.
Minda masyarakat kita, dalam pendapat aku, sering diracun dan dicuci dengan peluntur yang diadakan oleh para totalitarian yang mengawal segalanya di Malaysia, terutamanya dengan menggunakan media massa arus perdana.
Laporan tragedi ini aku cuma ambil sebagai contoh, banyak lagi contoh-contoh lain.
Di sini aku ingin menyeru kepada pembaca blog aku (jika ada), anda boleh membaca surat khabar arus perdana dan menonton media-media konglomerat lain, namum telanlah ia dengan berhati-hati, jangan telan tanpa berfikir, serta jangan lupa, ambil antidot dengan membaca dan menggunakan media alternatif lain. Tapi ingat, antidot juga amat bahaya jika di ambil berlebihan. Lakukan semuanya secara sederhana.
Oh, mungkin berita jam 1.30 nanti ada pula berita dari Kelantan, siapa tahu. Jangan berita dari Galas sudah.
Sumber Foto:
No comments:
Post a Comment