Petang semalam, sebelum balik dari pejabat. Sedang aku menuju kemesin perakam masa, terpampang di kaca televisyen pejabat aku sati visual, sambil diiringi suara pembaca berita mengucap kata;
"Landskap politik di Malaysia kini sudah berubah.."
Belum sempat perenggan itu dihabiskan aku gelak besar di dalam hati, sampai tercirit di dalam hati juga. Mengapa? Kerana ini adalah punch-line yang paling lawak aku pernah dengar. Lebih lawak dari punch-line sitkom Salam Pantai Timur.
Sejak bila landskap politik Malaysia berubah. Secara jujurnya, jika dibandingkan usia aku dengan segala revolusi politik di Malaysia, aku masih dalam fasa beluncas. Lebih awal dari fasa kepompong. Aku sendiri tidak mengerti tentang revolusi politik di Malaysia.
Hidup aku baru suku dari tahun Merdekanya tanah air ini. Aku lebih suka kelaskan diri aku sebagai Pemuda Pasca Reformasi. Kerana pada tarikh berlakunya kejadian itu, aku sudah hampir mengerti apa itu politik. Walau hanya sedikit. Pada masa itu aku hanya tahu mengumpul informasi dari media arus perdana.
Jadi, aku memandang pernyataan "landskap politik" itu dari segi pandangan mata aku yang buta. Bagi aku politik Malaysia tidak pernah berubah. Amat cliche. Segala tindak tanduk politikus sudah boleh dijangkakan.
Ada suatu hari, aku dengar, seorang politikus mengatakan;
"Kita harus ikhlas dalam berpolitik, tidak harus ada kepentingan diri dalam berpolitik, rakyat harus didahulukan.."
Aku teliti wajah dan susuk tubuhnya. Abah aku selalu berpesan;
"Kalau kita nak pilih imam (pemimpin) tak susah, tengok perut dia. Kalau perut dia lebih kedepan berbanding permukaan dada, dia tidak layak menjadi imam, kerana dia akan lebih mementingkan perut dia berbanding perut makmum (rakyat)..."
Tapi apa yang aku lihat adalah sebaliknya. Mungkin apa yang Abah aku beritahu itu tidak secara mutlak adalah tepat, tapi ia adalah dari segi perspsi pertama. Bagaimana rakyat akan didahulukan, andai perut sendiri harus diisi hingga penuh dahulu. Hingga terlupa banyak lagi mulut yang perlu disuap.
Bagi aku, politikus semuanya sama. Maaf, aku seorang non-partisan. Aku tidak pernah mengundi. Aku tidak pernah mendaftar sebagai pengundi.
Jadi berita di televisyen aku hanya ambil sebagai dos jenaka dalam darah ironi aku ini.
2 comments:
dalam politik ade pro n con... tp kne ambik port jugak wey... kita penggerak politik sebenarnya... wujud poltik pn sbb kita...kan...
p/s: mlas nak ulas panjang2.. isu politik ni subjec bosan skit kekekeke
aku mmg non-partisan, ttp xbmakna aku x amik port!
better than mendaftar as voter, pastu obses n fanatik xtentu pasal ttg parti dan kaum!
Post a Comment